Kenny Roger's Roaster

BERJAYA CORPORATION BERHAD
adalah syarikat induk untuk

COSWAY CORPORATION BERHAD
BERJAYA ROASTERS (M) SDN BHD (Kenny Rogers),
RESTORAN RASA UTARA SDN BHD
dan..........................
Sports TOTO Malaysia Berhad.
Pernah dengar nama San Miguel?
Lebih kurang samalah masalahnya.

San Miguel adalah syarikat induk untuk
Petron Corporation Philiphines yang merupakan syarikat induk untuk
Petron Malaysia

"As one of the directors at San Miguel Corp, I admit that I have 1,000 shares in Petron Corp but only because I sit on the board. I have no interest in Petron Malaysia whatsoever," Mirzan Mahathir

Fikir-fikirkan.

Fool

You can fool all the people some of the time, 
and some of the people all the time, 

but you cannot fool all the people all the time

Kalau Aku Kaya

Salam,

Pernah dengar lagu Kalau Aku Kaya daripada Awi Rafael dan Altimet?
Kalau aku kaya hari-hari hari raya! Nak belanja semua orang! Bagi gula percuma! Biasiswa! 

Macam-macam yang kita impikan untuk buat kalau kita kaya. Hakikatnya ramai yang tidak kaya dan tidak kaya-kaya?  Persoalannya, kenapa?

Salahnya pada kita. Kita sering bermain dengan perkataan 'kalau'. Perlukah kita menunggu sehingga kita kaya untuk membuat kebaikan kepada orang lain? Soalan yang lebih memeningkan adalah sekaya manakah kaya itu?

Realiti kehidupan ini, kita harus memulakan dulu. Anggap sahaja seperti sebuah pelaburan, cuma ini tanpa risiko. Kita harus berbuat kebaikan dengan apa yang kita miliki sekarang, kalau sedikit, sedikitlah yang kita mampu beri buat masa ini dan In sha Allah, Allah yang akan menggandakan rezeki kita kelak. Pelaburan kepada Allah tidak akan rugi. Jika tidak diberi dalam bentuk wang, akan diberi dalam bentuk kesihatan, kebahagiaan, zuriat dan paling penting matawang akhirat, pahala.

Janganlah fikir apa yang kita boleh buat kalau kita kaya, tetapi fikirlah apa yang kita boleh buat sekarang, yang pasti ajal itu akan mengundang kita bila-bila masa.

Al-fatihah kepada seorang teman yang telah meninggal pada usia 25 tahun, Allahwarhamah Dr. Suraiya binti Munaff.

Akhirnya terimalah lagu KALAU AKU KAYA ini.




Susah senang

Merasa senang atas kesenangan adalah senang,
Merasa susah atas kesusahan adalah senang,

Tetapi,
Merasa senang atas kesusahan adalah susah


Melayu atau Malaysia

Sungguh aku takut dengan berita
Entah mana yang benar entah mana yang dusta
Yang mana lebih utama?
Melayu atau Malaysia
Atau ini cuma sandiwara mereka?
Yang bersama duduk semeja?
Tidak diendah, ini, negara
Tapi seringku rasa membuang masa
Ya Allah perlindunganmu kupinta
Agar aku bawa manfaat untuk semua.

Demonstrasi



4 baris ayat buat renungan seluruh rakyat Malaysia

Demonstrasi menentang kezaliman
Demonstrasi menentang demokrasi
Demonstrasi menentang demonstrasi
Demokrasi menentang demonstrasi