Kalau Aku Kaya

Salam,

Pernah dengar lagu Kalau Aku Kaya daripada Awi Rafael dan Altimet?
Kalau aku kaya hari-hari hari raya! Nak belanja semua orang! Bagi gula percuma! Biasiswa! 

Macam-macam yang kita impikan untuk buat kalau kita kaya. Hakikatnya ramai yang tidak kaya dan tidak kaya-kaya?  Persoalannya, kenapa?

Salahnya pada kita. Kita sering bermain dengan perkataan 'kalau'. Perlukah kita menunggu sehingga kita kaya untuk membuat kebaikan kepada orang lain? Soalan yang lebih memeningkan adalah sekaya manakah kaya itu?

Realiti kehidupan ini, kita harus memulakan dulu. Anggap sahaja seperti sebuah pelaburan, cuma ini tanpa risiko. Kita harus berbuat kebaikan dengan apa yang kita miliki sekarang, kalau sedikit, sedikitlah yang kita mampu beri buat masa ini dan In sha Allah, Allah yang akan menggandakan rezeki kita kelak. Pelaburan kepada Allah tidak akan rugi. Jika tidak diberi dalam bentuk wang, akan diberi dalam bentuk kesihatan, kebahagiaan, zuriat dan paling penting matawang akhirat, pahala.

Janganlah fikir apa yang kita boleh buat kalau kita kaya, tetapi fikirlah apa yang kita boleh buat sekarang, yang pasti ajal itu akan mengundang kita bila-bila masa.

Al-fatihah kepada seorang teman yang telah meninggal pada usia 25 tahun, Allahwarhamah Dr. Suraiya binti Munaff.

Akhirnya terimalah lagu KALAU AKU KAYA ini.




No comments:

Post a Comment