Caci Mencaci Politik

Masih ada golongan yang caci-mencaci kerana berbeza fahaman politik. Sejak kenaikan harga minyak yang terbaru dan isu kemerdekaan A..Samad Said ni, dunia politik negara kembali berdansa. Lama juga rehat selepas BLACK OUT 505 yang diganggu jerebu dan bulan Ramadhan serta Aidilfitri. 

Perkataan yang digunakan amatlah kurang sopan sekali. Tidak kira jantina, yang tulis post menyebabkan saya rasa geram tu adalah seorang gadis. Sedap-sedap sahaja tulis seperti tidak ada orang lain yang baca. Masa berkempen pilihan raya sudah habis. Dulu waktu pilihanraya kenapa tak tolong paku sepanduk pada pokok?


Ketahuilah mereka ahli politik berjabat tangan, berbalas senyuman dan berjenaka lucu sambil duduk di kerusi empuk parlimen mereka. Jadi kita golongan bukan ahli politik tunggulah giliran ketika pilihanraya nanti. Sekarang tengok sahajalah gelagat mereka di dalam gelanggan parlimen itu agar boleh buat pilihan yang tepat kelak.


Apa-apa pun banyak lagi urusan dunia yang perlu diselesaikan tetapi sebagai rakyat yang prihatin, kenalah ambil tahu juga sedikit sebanyak. Urusan akhirat pula tidak akan selesai sehingga kita dipanggil pulang.

Akhir kata, jadilah pengundi yang lebih bertamadun dan kepada sesiapa yang mempunyai semangat berpolitik, jadilah ahli politik. Jangan sia-siakan bakat anda itu.






No comments:

Post a Comment